Sedang Puteri study for last paper in this semester, mata Puteri nie mengantuk la pulak. So, Puteri pon buka la blog mana2 yang boleh segarkan mata Puteri balik. Biasalah, time study jer mesti mengantuk. Tiba2 Puteri terbuka satu blog nie. Blog nie agak banyak bahan bacaannya seperti sinopsis novel, cerpen, puisi dan banyak lagi bahan2 ilmiah di dalam blog tu...hehe...tiba2 Puteri ternampak sebuah sinopsis novel yang menarik jalan ceritanya. Apa yang buat Puteri gembira sangat ialah, watak dalam novel itu ada nama Puteri (Suhaila) dan nama seseorang yang Puteri sayang. Tapi, sekarang orang itu dah jauh dari Puteri. Jalan cerita novel itu menarik. Puteri menamakan watak mereka di sini sebagai si Dara dan si Teruna. Kisah cinta antara dua insan yang dah lama berputik sejak semester pertama di universiti dan bercita-cita hingga ke jinjang pelamin tapi yang si Dara meninggal dunia akibat mengidap barah. Si Teruna tetap kuat menghadapi hari yang mendatang dan mencapai impiannya yang dibina bersama si Dara. Si Dara mempunyai seorang kakak kembar. Bezanya antara si Dara dan kembarnya hanyalah tahi lalat yang ada pada si Dara. Dipendekkan cerita, anak si Teruna akhirnya berkahwin dengan anak kepada kembar si Dara. Antara si Dara dan kembarnya juga terdapat hubungan bawah sedar kerana semasa si Dara di hospital, si Dara mahu berjumpa dengan kakak kembarnya yang telah lama terpisah. Tapi dalam masa itu, kembarnya itu juga hilang di dalam gaung akibat kemalangan. Setakat ini saja yang Puteri boleh ceritakan. Kepada seseorang yang Puteri sayang tu, Puteri akan sayang dia sampai bila2...hilang sudah mengantuk Puteri. Pergi jauh2 yer sayang (mengantuk)...huhu
No comments:
Post a Comment