- Kamu seorang
yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta.
Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab
itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud
keserasian.
- Berbeza
dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada
tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat
termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang
mampu mengubahnya.
- Kamu seorang
yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan
cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk
meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.
- Dikatakan
kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan
dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap
membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja
cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
- Awas! Kawal
perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan
diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada
orang-orang yang kamu sayangi.
- Kamu disukai
ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati.Tidak
hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati
kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting
selain cinta.
- Kamu seorang
yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang
agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan
kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!
- Kamu seorang
yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu
nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu
semata-mata saja!
- Nampaknya
kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan
diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang!
Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf'
juga.
- Kamu yang
dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan
keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam
keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala
membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!
- Nampaknya
kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan
kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga
bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup
ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????
- Kamu seorang
yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan
komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu,
ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun
berpunya!!
- Kamu seorang
yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab
itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu
sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan
cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.
- Hebat! Bagi
kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah
kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.
Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup
kamu!!
- Kamu yang
dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara
tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus
bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu
ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.
- Kamu ini
seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey dan sekejap
pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring
dengan sikap kamu itu. Cuba
kawal sikit.
- Kamu lebih
suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun
sikat penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu
perasaan sebenar kamu.
- Kamu ni
sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan
cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan
tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar
untuk melafazkan kata sayang.
- Kamu
bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan
termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih
suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
- Kamu ini
terlalu banyak permintaan. Ada
sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan
dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya
tengok dulu kemampuan si dia!!!
- Sikap kamu
yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain
'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih
baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu
tidak suka sebelum terlambat.
- Kamu yang
lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan
mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan
memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di
sampingnya.
- Sikap kamu
yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu.
Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping
teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu
serius dalam hidup.
- Kamu seorang
yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu
terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong
si dia.
- Bila
menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang
bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum
sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????
- Kamu harus ubah
sikap kamu ini yang dikatakan terlalu memikirkan kekecewaan di masa lalu.
Sentiasalah kamu berwaspada dengan tindakan kamu supaya tidak
mempengaruhi orang lain.
- Kamu sukar
untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu
sendiri. Tak baik wasangka !!!!
- Kamu suka
diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun
kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu
meminggirkan si dia tanpa disedari.
- Kamu tidak
akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu
tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.
- Kamu
seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu
dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!
- Terlalu
banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang
kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!
|
No comments:
Post a Comment