Wednesday, September 19, 2012

Ella Sayang Abah



Abah bersama Kak Cik Puteri
       Ella ada abah. Abah Ella baik sangat dan Ella sangat sayangkan abah. Abah seorang yang tabah dan sangat bertanggungjawab. Ella rasa beruntung sangat menjadi anak abah. Abah bukan sahaja disayangi oleh kami anak-anaknya. Abah juga disayangi oleh anak-anak sedaranya. Perwatakan abah yang sporting dan sangat memahami membuatkan Ella dan adik-beradik yang lain tidak segan silu untuk menceritakan masalah atau pengalaman dalam pelbagai hal termasuklah hal cinta. Abah seorang yang manja dan sebab itulah abah memanjakan anak-anaknya. Hubungan abah dan anak-anaknya bagaikan kawan-kawan.

      Walaupun kami tiada arwah ibu sebagai tempat kami mengadu, dengan adanya abah kami tidak terlalu merasa yang kami kekurangan kasih sayang seorang ibu. Abah akan lakukan apa saja untuk kegembiraan anak-anaknya. Terima kasih abah. Ella, Kak Yong, Kak Cik, Ikhmal dan Saffa sayangkan abah sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment